top of page

Jabatan Kecemerlangan Akademik mula ditubuhkan di semua kampus pada tahun 2019 (berdasarkan surat punca kuasa IPGM (Ruj. KPM.100-6/1/8 JLD.2 (7)) bertarikh 5 November 2018) yang mengambil kira peranan setiap IPG Kampus sebagai Pemberi Pengajian Tinggi yang mempunyai autonomi sendiri dalam merancang dan menggubal program latihan keguruan mengikut bidang masing-masing. Hal ini kerana adalah menjadi satu keperluan untuk menjadikan IPG Kampus sebagai Pemberi Pengajian Tinggi yang berautonomi dan bertanggungjawab bagi memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akademik dijalankan dengan lancar dan berkesan bagi memenuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan keperluan prosedur kualiti MS ISO 9001:2008.

 

Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Pendidikan Teknik telah memulakan operasi dan tugas pada 2 Januari 2019. Jabatan ini mempunyai 21 pensyarah yang dilantik dengan seorang ketua jabatan. Bersesuaian dengan peranan yang dimainkan untuk memastikan kelancaran perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan akademik, empat unit telah ditubuhkan selaras dengan ketetapan IPGM. Unit-unit tersebut ialah Unit Pengurusan Akademik, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik, Unit Program Pengajian Akademik dan Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik. Matlamat utama semua unit adalah untuk memastikan segala proses kerja yang berkaitan dengan akademik di kampus dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan di samping menyambut tugas penurunan tiga fungsi oleh IPGM.

 

Tanggungjawab yang dijalankan oleh Jabatan Kecemerlangan Akademik adalah seperti berikut :

  1. menguruskan proses reka bentuk dan penyampaian kurikulum

  2. menguruskan sistem pembelajaran digital kampus

  3. menyedia dan melaksanakan jadual waktu semua program kampus

  4. menguruskan pemantauan perancangan pengajaran dan pembelajaran(pdp) serta keselarasannya dengan Maklumat Kursus

  5. menguruskan pemantauan pelaksanaan penyampaian pdp dan pentaksiran

  6. menguruskan pelaksanaan dan penyediaan pelaporan penambahbaikan berterusan bagi semua program dan kursus yang ditawarkan di kampus

  7. mengurus dan menyelia kemajuan prestasi pelajar

  8. mengurus pelaksanaan aktiviti akademik dalam semua program di kampus

  9. menguruskan penyebaran pindaan, penambahbaikan dan maklumat terkini tentang perkembangan kurikulum dan pentaksiran semasa

  10. menguruskan aktiviti secara bersepadu dengan jabatan dan unit akademik untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme akademik pensyarah dan pelajar.

  11. menguruskan aktiviti pembudayaan amalan pedagogi masa kini serta menguruskan program peningkatan kompetensi pensyarah bagi meningkatkan profesionalisme pensyarah

             

Kesemua tanggungjawab ini juga meliputi proses kerja penurunan tiga fungsi Pusat Pembangunan Akademik IPG ke kampus. Antaranya adalah menguruskan pembangunan dan pindaan struktur kurikulum, menguruskan pembangunan kurikulum, menguruskan orientasi kurikulum, menguruskan pemantauan dan penambahbaikan kurikulum serta menguruskan penghasilan dokumen sokongan.

 

Tanggungjawab jabatan ini memerlukan komitmen serta kerjasama bukan sahaja dalam kalangan ahli jabatan tetapi semua warga institut dalam menjadikan IPG Kampus Pendidikan Teknik sebuah Institusi Pendidikan Guru yang cemerlang perancangan, pengurusan dan pelaksanaan  program akademik. Kecemerlangan ini akan berupaya menyahut misi IPGM untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Hal ini seterusnya dapat memacu kesempurnaan visi IPGM dalam meletakkan Institut Pendidikan Guru sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

Bilangan Pelawat:

“The Healthiest Relationships are       those where your're a team; where you   protect EACH other and STAND UP

 for one another" 

 

bottom of page