top of page

Latar Belakang

 

Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Teknik telah ditubuhkan pada tahun 1996. Mulai tahun tersebut, jabatan ini memberi kursus yang berkaitan Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat kepada kumpulan Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Perguruan Lepas Diploma, Kursus Sijil Perguruan Khas, Program Khas Pengsiswazahan Guru, Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Kursus 14 Minggu, siswa guru Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (PISMP). 

 

Sejak kebelakangan ini JTP IPGKPT telah mula terlibat dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Buku Teks, Bahagian Penilaian dan Kompetensi selain daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus PLuG Teknologi Maklumat dan Komunikasi KSSR Tahun 4,5 & 6 juga ditawarkan kepada siswa guru bagi menambahkan bidang ilmu dan kemahiran yang sedia ada menerusi program Program Ekstra Kurikulum. Selain itu, Jabatan Teknologi Pendidikan juga memberi khidmat bantuan konsultansi kepada mana-mana individu kampus ini yang menghadapi masalah dalam penggunaan komputer.

 

Mulai Jun 2015, JTP IPGKPT telah menawarkan kurikulum baru untuk pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 iaitu 7 subjek TMK untuk kursus elektif teras. Kursus ini merupakan subjek minor kepada siswa pendidik di mana mereka boleh mengajar subjek tersebut apabila ditempatkan di sekolah nanti

 

Mulai akhir 2015 juga JTP IPGKPT telah melebarkan sayap dengan berdiri bersama-sama dengan kumpulan TVET IPGKPT dalam bidang IT.  Pensyarah JTP iaitu Dr Mohamed Nazul Ismail, Dr Ma Hamsiatus Sa'diah Kamaruddin dan Puan Nor 'Aini Mohamed Nor sedang memberikan coaching kepada guru-guru Kolej Vokasional dari seluruh Malaysia yang sedang memohon SKM Tahap 4 dan 5 secara single tier dalam bidang IT. 

 

Tahun 2016 juga memberikan satu wajah baru kepada JTP dengan termetrinya pertukaran nama jabatan ini kepada "Jabatan Teknologi Perkomputeran" secara rasminya.

bottom of page